JellyPages.com

our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

30 March 2014

NEW BABY BORN ON 28 MARCH 2014

Assalamualaikum

Alhamdulillah berjaya juga ku melahirkan putera sulung

MyBaby Boy
Tarikh 28 March 2014
Hari Jumaat (Penghulu Segala Hari)
Masa 2.18 minit pagi
Berat 3.1kg
Muka copy past sebiji babah nye

Tapi cerita bila duduk di labour room ngeri
1 hari di labour room dengan bukaan 3 cm jam 11.30 pagi.
Pd jam 1tghari docter pecahkan air ketuban dgn harapan bukaan akan lebih cepat.
Jam 4 ptg bukaan masih 3 cm dan docter beritahu sekiranya jam 8 masih 3 cm maka ummi akan d operate.

Jam 6.45 nurse dtg dan cek bukaan 'mungkin' 4cm

Jam 8 malam pakar beritahu bukaan 5 cm. Jadi dia suruh tahan lagi 2 jam dan kiranya 2 jam lagi bukaan 7cm sy xperlu d operate.
Nak jadi cerita ya bukaan dah 7 cm.
Jadi dokter kata ada peluang bukaan 10cm lagi 2 jam.
Keajaipan lah dari Allah SWT.

Dlm hati masa tu gundah d sebabkan
1) selama 1 hari tak boleh makan dan mnum
2) tiada tenaga
3) demam
4) Tacky mood

Pada jam 12 tgh malam ya bukaan dari 7cm jadi 10 cm.
Masa tu hanya Allah yg tahu.
Aku hilang tenaga
Aku gila teruk mahukan air
Separuh gila bila d beri air walau pun 1 skop kecil hanya dapat basahkan tekak.

10cm ku fikir sudah boleh utk terus beranak.
Tp dokter telah postpon hingga jam 1.15 pagi. Mmg kudrat masa itu nyawa2 ikan.
Hingga aku merayu 'dokter tlg lah operate, sy xlarat dan xada tenaga'.
Sekali hadir semua pakar dan masuk membantu untuk aku meneran.
Hanya Allah SWT yg tahu apa rasa.
At last mereka tetap mahu aku normal
Jadi jalan cerita nya adalah
'FORCEPT' siapa yang tahu pasti faham.

* Epidural
* Forsept
* Gain Pain

ALHAMDULILLAH ALLAH SWT MASIH SYG AKU DAN BABY.

Lahirnya
Muhammad  Arrayyan bin Ramizal
Umi love you both syg!

Much Love,
JulianaAbdulKadir
Ummi Rayyan
Wife Ramizal
♡♡♡♡♡♡♡

25 March 2014

41w3d

Bismillah
Assalamualaikum
Selamat Pagi

Ok 3 perkara
1) MH370
2) Hukum bunuh saudara islam
3) hari ni aku kene tahan wad

MH370 walau tak tahu bagaimana keadaan, cara kamu menempuh dugaan tu tp Ya Allah hati ini sedih.
Tapi siapalah kita untuk menyangkal semua ketentuan yg Allah SWT dah tetapkan
KUN FA YA KUN 《 BILA MANA ALLAH SWT KATA JADI, MAKA JADILAH IA》
kalau kita org islam dah tahu..
ALLAH SWT maha mengetahui sbb segala nya telah d rancang sebelum apa pun kejadian
Maka kita sebagai umat nya harus redha dan berusaha
Sudut dalam hati ni semoga mereka semuanya selamat
Paling kecil yg boleh kita buat marilah sedekah kan hadiah alfatihah kpd yg beragama islam ( sama ada hidup atau tiada)

Ok lagi 1 dlm sebuk membaca pasal MH370 rupa2 nya SAUDARA SEISLAM KITA D MESIR rupanya sedang bertarung kebenaran d mana mereka d jatuh kan hukuman mati
Ya Allah apa pun ujian yg diberikan pasti ada hikmahnya
Bilangan yg akan d korbankan RAMAI.
sedih sangat
SEMOGA ROH MEREKA D CUCURI RAHMAT
DAN D GOLONGKAN D DLM GOLONGAN2 ORG YG BERIMAN.

Okey and last is
Hari ni 25hb date d mana kali ke3 untuk aku bakal d tahan wad bersalin
Risau juga hati ni bila baby lama2 dalam perut yg tak berapa nak ada ruang
Tapi umie percaya baby sihat hendaknya dlm perut umie
Umie xsabar nak tatap baby
Xsabar nak jmpakan baby dgn wan..opah..aunty and uncle..
Semoga tabah ye umie and baby
#AhliSyurgaUmie
Doakan semoga d permudahkan ya.
D kesempatan ni
Mohon ampun maaf kepada yg mengenali diri ini.

24 March 2014

41w2d

.ASSALAMUALAIKUM.

Ikutkan smlm is my 2nd due date utk masuk wad
Tapi d tunda pada 25hb sebab
D buku merah klinik kesihatan letak date awal
Kebetulan d hospital tu menerima pesakit bila 10 hari dari due date
Tak tahu siapa silap
Tgk kiraan mereka lain2
Ada yg include dd dan ada yg tak
Ape pun ku anggap tu sbgai dugaan
Janji anak umie dalam ni sihat walafiat
Nasib smlm dia pandai tenang kan hati umie dgn gerakkan lembut tu
So 3rd edd is 25hb..bermakna ESOK..
Perasaan nervous jgn d kata
Sbb anak sulung, harap semua d permudahkan oleh Allah SWT

*so mohon maaf atas kekhilafan yang nampak atau tidak..mohon doakan esok segalanya berjalan dengan lancar

Semoga esok akan mndapat nurse dan dokter yg lembut yg baik hati yg menyabar..aminn..

16 March 2014

40 Minggu

Assalamualaikum

Kalau d ikutkan hari ni ada EDD
dalam erti kata lain DUE date baby bakal keluar
Tp setakat hari ni belum ada rasa tanda2
Mungkin anak ummi ni pemalu org nya
Tak apa
Selagi anak umi duduk dalam perut ni
Ummi andaikan anak ummi membesar dgn baik
Xsabar ummi nk jumpa anak ummi ni
Lagi2 wan..setiap masa tanya kat aunty cha
'Yana dah sakit2 tak'?
Hehe rindu semua ok!

Dlm erti kata lain utk #MH370 #PesawatMAS #KLtoBEIGINE
Semoga mereka semua selamat

14 March 2014

39 Minggu 6 Hari

Assalamualaikum

selamat pagi!
wah now anak umi dah 39 Minggu 6 hari
esok saja dah 40 minggu
tak sabar umi nak jumpa awk
semoga awk membesar dgn sempurna dan baik dalam tummy umi ye
nanti dah keluar tgk dunia
umi doa anak umi anak yg soleh / solehah
anak yg berpegang kepada agama ISLAM
anak yang menghormati kedua ibu bapa, org tua atau siapa² saja
anak yang tahu membezakan baik dan buruk
anak yang menjaga hati org lain dan diri sendiri




08 March 2014

kandungan 39 Minggu

Assalamualaikum

ok today is 8 March 2014
mmg sah baby awk bakal lahir in March
so awk geng dgn uncle Iz
best kan
hope awak warak, pandai mcm uncle Iz
umi punya due is 16 March 2014
kalau awk berseronok xnak keluar juga
mmg 16 March 2014 tarikh keramat utk awk keluar
umi so exited utk ini
tak sabar
hari ni pun awk active sangat
mungkin lapar lah tu
nanti kita pergi makan ye syg

mcm biasa duduk office godek² pc
search ' kandungan 39 minggu'
umi nak tgk ape perkembangan baby
hopefully semua nya d permudahkan

#LoveYouMyDearDaughter