JellyPages.com

our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

07 December 2012

Doa Keluarga Bahagia

Jumaat yang Cerah


Alhamdulillah.
hari ni aku masih bernyawa.
memikirkan duty harian setiap hari
tak pernah lekang
apa pun aku pasti buat yang terbaik untuk keluarga aku
biar kurang dlm diri ni tp xkurg kasih syg bila keluarga perlukan.
seronok rasa bila dapat tlg ahli keluarga
tp kadang² tu biasalah
keadaan kerja membataskan
apa pun yang membataskan aku pasti cari ruang.
ruang untuk bersama mereka² ini ( FAMILY)

aku harap dapat berkhidmat sepenuhnya pd mereka ni.
semoga aku bukan lah seorang yang lalai.
lately abg n adik aku demam.
dalam hati nih sangat risau.
so aku cuba yang terdaya.

i love them
i want they knew this.
ILOVE all of YOU.
SO MUCH
#Abah #LateMum #Mama
# KakNor #KakHerda #AbgHairi #AbgIs
#Pidos #cha #Emy #Acap
#Farihin #Faheem
#AllFamilyMembers

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….
Kau yang Maha Pengampun…
Ampunilah segala dosa-dosa dan kesalahanku
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan suamiku (future)
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kedua ibu bapa kami,
abang-abang kami, kakak-kakak kami, adik-adik kami, seluruh keluarga kami
sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia….

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jauhkanlah kami semua dari siksaan dan azabMu,dari api nerakaMu, dari kemurkaanMu, dari maksiat dan keburukan serta godaan syaitan dan tipu daya syaitan.Dekatkan kami dengan syurgaMu,dekatkan kami dengan kasih sayangMu dan dekatkan kami dengan ilmu agamaMu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berikanlah petunjuk untuk kami menuju ke syurgaMu
Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima cahaya petunjuk dariMu
Tabahkan hati kami dalam menerima ujian dariMu
Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan anak yang soleh
Jadikanlah kami ibu bapa yang baik bagi membimbing anak-anak kami

Ya Allah Ya Rabbi Ya Karim
Murahkanlah rezeki kami, Mudahkanlah perjalanan hidup kami di dunia dan akhirat…
Matikanlah kami dalam agama Islam
Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami

Ya Allah Ya Rahman
Limpahkan kasih sayang dan keberkatan di dalam keluargaku
Sayangilah aku, ampunilah aku, lindungilah aku
Hanya kepadaMu tempat aku bermohon dan mengadu
Makbulkanlah doaku ini