+ HARGA SEORANG WANITA BERGELAR ' ISTERI ' + 
 
 
Hargailah isteri anda...... 
 
Mulianya seorang isteri disisi Allah... 
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri 
ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan 
binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
 mereka kerana isteri inilah yang akan membantu 
mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda,
 sayangilah mereka...... 
 
Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia 
bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia 
diberi cuti bergaji penuh.... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak 
wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu 
sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , 
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau 
menggelebeh pulak... Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak 
untuk menyusu pulak.... 
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang 
Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , 
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami , 
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...
jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu
 dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih... 
 
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..... 
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...
 
 Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung 
Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. 
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? 
 
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu 
mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan
 terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak 
dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran 
seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita 
yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, 
semuanya isteri dapat 
pahala tetapi dosa-dosa 
suami dia tak tanggung. 
 
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan 
pahala extra yang banyak dia terima di atas segala 
kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya
 bila dia redha suaminya pergi berjemaah di 
masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. 
ganjaran Alah ke atasnya jua. . 
 
 
Bila dia lihat suaminya tengah 
terhegeh-hegeh di titian 
Sirat dia tak nak masuk
 syurga tanpa suaminya, jadi dia pun 
memberi pahalanya kepada suami untuk lepas 
masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam
 kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau 
seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami 
dia tak akan dapat 
pahala extra ini. 
 
Manakala suami pula 
mempunyai tugas-tugas berat di 
dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa 
anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah 
lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita 
supaya faham akan syariat Allah agar tidak 
derhaka denganNya. 
 
Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada
 rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke 
kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah 
rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan
 lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan 
hati lelaki untuk disayangi. 
 
Woman was made from the rib of man, 
She was not created from his head to top him, 
Nor from his feet to be stepped upon, 
She was made from 
his side to be close to him, 
From beneath his 
arm to be protected by him,
 Near his heart to be loved by him. 
 
"Wahai Tuhan... 
ku tak layak ke syurgamu ... 
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... 
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ... 
 
"Ya Allah... 
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
 ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
 dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... 
 
 
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. 
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah
 ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih 
berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. 
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): 
"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" 
 
 
Marilah kita ucapkan kalimah ini:
 "Laa ilaaha illallah!" x 10 
 
-end-